Enter your keyword

  • HOME
  • REVIEW +
  • SHOPPING +
  • GIVEAWAY
  • ABOUT +

Pengalaman guna voucher 5 sen ShopeePay kat MR. DIY.


Selasa lepas aku ada singgah MR. DIY. Nak try guna voucher 5 sen Shopee ni. Untung guna sebab beli voucher ni harga 5 sen je tapi boleh dapat 40% cashback. Maksudnya beli apa-apa barang, boleh dapat duit. Dengan kata lain, kalau beli barang harga RM5, boleh dapat semula RM2. Maximum kita boleh dapat sebanyak RM4. So, kalau nak dapat RM4, beli lah barang total at least RM10.



Masa aku pergi MR. DIY tu, tak ramai orang lagi sebab aku pergi awal pagi. Niat memang nak elak sesak. Tak banyak barang pun aku ambik.



Masa nak bayar tu, line internet pulak buat hal. Slow. Cashier tu cakap memang line dalam kedai slow, kena keluar sikit dari kedai tu baru ok. Belakang aku, dah ada orang tunggu nak bayar. Nasib baik line memang ok kat luar. Lega. Kang tak pasal-pasal kena marah sebab lambat. Bayar wajib guna ShopeePay tau, bukan cash.


Lepas bayar, memang betul. Memang dapat cashback RM4. Aku beli barang total RM21.60 dan dapat cashback RM4. Hooray! Untung sangat.

2 comments:

  1. Memang untung sangat ni beli 5 sen dapat cashback 40%. Kalau macam tu kena topup siap siap shopee pay tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Make sure cukup duit dalam ShopeePay.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.